~melarik enigma~
    <description>~melarik enigma~</description>
Sofi Episod 1
      <description>Seperti yang telah dijanjikan....
Suasana di disko Emerald Blue gagak gempita dengan alunan muzik menggila, bersulam sinaran lampu berwarna-warni yang menyakitkan mata. Manusia-manusia di situ alpa seketika dalam kemabukan nafsu. Seandainya maut menjemput, mereka langsung tidak sedar kerana asyik meneguk arak dan berhibur.
Dua remaja terpacak di pintu utama sambil memerhatikan telatah manusia. Masing-masing terpegun melihat lakonan hidup. Itulah pertama kali mereka menjejakkan kaki ke situ. Tujuannya hanya untuk melihat sendiri keadaan di pusat hiburan itu.
"Dahsyat!" Ryan... (more)</description>
Samishi katta desu!
      <description>Hajimemashite. Ohisashiburi desu. 
Ish ish ish...lama betul aku tak menepung tawar laman blog ni. Dah banyak pun hantu-hantu yang bergayutan dan berkerumunan di sini. Kena panggil tok moh nak halau hantu-hantu semua nih...ehehehe. Tesis aku masih belum siap. Tarikh akhir submit ialah pada 31 May 2008. Lepas tuh bleh ler berdondang sayang menulis enovel semula. 
Untuk makluman, enovel Terakhir di Hatiku tidak akan disambung di sini. Sebaliknya akan dibukukan dalam bentuk nopen bersama dengan koleksi enovel yang pernah diterbitkan di sini. Semua enovel yang telah dan pernah disiarkan di sini... (more)</description>
AAACHHTUNGGG
      <description>PENULIS BLOG SEDANG BERCUTI SABATICAL KERANA SEDANG MENYIAPKAN TESIS.
Novella de Amoure
www.commentbaby.com</description>
Aidil Fitri 2007
Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya tulisan yang dicoretkan di sini ataupun mesej di tagboard pernah menyinggung dan menyentuh perasaan pembaca sekelian. 
Sempena menghormati bulan Ramadan al-Mubarak, saya ingin memaklumkan bahawa tiada sambungan e-novel akan dibuat sepanjang bulan tersebut. Insya-Allah, e-novel Terakhir di Hatiku akan disambung selepas cuti Aidil Fitri. 
Siapa nak kad raya?
Sila emel nama penuh dan alamat lengkap ke
clauseenigma@gmail.com
Terakhir di Hatiku - Episod 10
      <description>Railynn duduk di atas tangga di hadapan Menara Wawasan sambil memerhatikan kereta yang lalu lalang di hadapannya. Dia mulai bosan. Sofea tidak pernah mungkir janji. Sudah satu jam dia menanti macam orang bodoh. Dia cuba menghubungi Sofea, tetapi tiada jawapan. Railynn memanjangkan lehernya untuk mencari kereta merah milik Sofea. Hampa. Akhirnya dia bangun dan berjalan mundari-mandir di situ.
Seketika kemudian, Railynn mendongak memandang langit. Cuaca yang tadinya cerah telah bertukar mendung. Nampaknya hujan akan turun bila-bila masa. Railynn mulai resah. Bunyi hon kenderaan melegakan... (more)</description>
Terakhir di Hatiku - Episod 9
      <description>"Bodoh!" 
Sebiji penampar melayang mengenai pipinya. Railynn terpaling ke belakang dan jatuh ke lantai.
"Mak Yah! Bagi aku bulu ayam tu!" Nek Engku mula memerintah.
Dengan berat hati Mak Yah menyerahkan rotan bulu ayam kepada Nek Engku.
"Budak tak guna! Tak kenang budi. Siapa suruh kau baling Borhan dengan batu?" Libasan rotan bulu ayam menyantap kaki Railynn yang dilindungi oleh kain sekolahnya. Railynn hanya mampu menangis perlahan. Dia tahu tiada sesiapa yang boleh menolongnya.
Libasan Nek Engku semakin kuat menjamah tubuhnya pula. Sungguhpun dialas oleh baju, kulitnya... (more)</description>
Terakhir di Hatiku - Episod 8
      <description>Zull Azhan menggeleng kepala melihat apa yang ditaip oleh Railynn. Bijak betul dia menciplak format keputusan peperiksaannya. Kelihatan begitu sempurna sekali slip itu yang diubah suai menggunakan perisian Adobe Illustrator selepas diimbas dengan mesin pengimbas. 
"Tak kan dua A saja?" soal Zull Azhan yang masih berdiri di belakang Railynn.
"Nanti kalau aku bubuh banyak-banyak, karut pulak. Cukuplah dengan dua A, dua B dan dua C+." Railynn menekan butang cetak untuk mencetak slip peperiksaan palsunya.
"Kau nak pos?"
Railynn menggeleng kepala. "Aku e-mel aje. Yang ni saja aku... (more)</description>
Terakhir di Hatiku-Episod 7
      <description>Sofea selesai menghidangkan makanan tengah hari di atas meja. Dia berpuas hati dengan usahanya menghias hidangan agar tampak lebih menarik dan menyelerakan. Setelah memastikan segala-segalanya siap, Sofea menanggalkan apron. Kali ini dia mahu memastikan dirinya juga telah bersedia. Ketika Sofea sibuk merapikan solekan wajahnya, kedengaran pintu dibuka serta namanya dipanggil. Dengan lenggok seorang model terkenal, Sofea segera menyambut kehadiran lelaki itu. 
Datuk Shamsul memerhati ke arah Sofea yang memakai gaun pendek itu. Dia menghulurkan sejambak mawar merah yang sedang berkembar... (more)</description>